BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 24 May 2013

Advance Joint Health Shaklee

JHT & Ostematrix
Salam. Saya nak berkongsi dengan anda semua tentang Advanced Joint Health Tablet (JHT). Apa yang bestnya tentang JHT ni? Alhamdulillah sakit2 sendi, lutut hilang setelah mengambil JHT ni..



Advanced Joint Health Table dari Shaklee ni mampu menyokong kesihatan sendi dalam 3 cara:

1. Meningkatkan keselesaan sendi.
2. Meningkatkan kesan kusyen
3. Memelihara kesihatan tisu penyambung

Advanced Joint Health Table mengandungi Ekstrak Boswellia dimana ianya merupana agen anti-radang semulajadi. Ia menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Tulang rawan tu apa? Ada kawan saya tanya saya soalan ni... Tulang rawan merupakan jaringan pengikat padat. Tulang rawang bagi seorang dewasa hanya ditemukan dibeberapa tempat seperti cuping hidung, cuping telinga, antara tulang rusuk dan tulang dada, sendi-sendi tulang dan tulang belakang.

Apabila berkaitan dengan tulang rawan, antara penyakit umum yang mempengaruhi tulang rawan ialah Osteoarthritis dan Anchondroplasia.


Selain daripada itu, ia juga mengandungi ekstrak jagung atau Glucosamine. Ianya amat penting dalam pembinaan blok utama tulang rawan dan bendalir sinovial. Juga membekalkan pelincir bagi kusyen antara sendi-sendi.

Advanced Joint Health Table ini juga mengandungi komponen nutrien yang penting dalam kesihatan sendi iaitu Vitamin C; nutrien penting dalam sintesis kolagen serta zink, tembaga dan mangan; ko-faktor bagi enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan (komponen tisu penyambung).

Advanced Joint Heath Table ialah formula sayur-sayuran 100%.

Dalam satu kajian klinikal, JHT ni berkesan dalam masa 5 hari.

Saya juga amat mengesyorkan pengambilan JHT ni bersama dengan Shaklee Ostematrix.


Ostematrik ni membekalkan nutrien harian termasuk kalsium yang mengandungi Magnesium, Vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganes bagi membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.

Ni saya share some of the testimonial.








Tuesday, 7 May 2013

set wanita shaklee

Tuesday, 30 April 2013

Nutriferon SHAKLEE

Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE

Tinggalkan paracetamol sekarang! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT. Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.


Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia juga menyediakan sistem pertahanan.

Antara sistem pertahanan semulajadi badan:

Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.

Sumber

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.

2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.

3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.

5. Mereka yang sering stress.

6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.

7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.

8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:

Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Sunday, 21 April 2013

Mealshakes - shaklee



Apa istimewanya Mealshakes utk kanak-kanak

*Lengkap dengan protien dan 24 jenis A-Z vitamin penting, minerals dan trace minerals yang di perlukan untuk tumbesaran.
*Meningkatkan selera makan anak-berat badan anak akan bertambah secara konsisten
*Meningkatkan dan menguatkan imuniti anak- anak jarang demam, jarang sakit.
*Membantu memperbaiki sistem penghadaman anak- kurang sembelit
*Mengurangkan masalah kulit sperti ekzema
*Anak lebih cerdas dan cergas dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar
*Rasa vanilla yang SEDAP mcm milkshake vanila kat macdonald tu

Wah best kan bila tgk khasiat mealshake ni utk anak2 kita juga, mmg kanak2 kebanyakan akan suka dgn rasa vanilanya yg sedap tu

berminat sms/ watsapp sy 019 237 3466

Saturday, 20 April 2013

Omega Guard - Shaklee

ESP-Soy Protein Isolate powder

Sunday, 19 February 2012

Akibat meninggalkan solat

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.