BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 8 September 2009

SITI

Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w. yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, menghantar makan kepada Baginda ketika beribadat di Gua Hira'.

Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata, aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

Siti A'ishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum, di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali).

Siti Mariam
Wanita yang suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun laknatullah.

Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

Siti Muti'ah
Isteri yang dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya keran setianya kepada suami. Menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati. Berhias dengan cantik untuk tatpan suaminya sahaja.

Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk menjadi kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t