BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 30 January 2011

Pegaga

Pagi tadi keluar rumah tengok pegaga ni..Alhamdulillah hidup dia..yang sebelah kiri tu jenis yang besar sikit dari yang sebelah kanan. Baru nak hidup..orang kata pegaga ni banyak khasiatnya untuk darah kita.


Antara khasiat pegaga ialah:-
-menyegarkan badan
-mengurangkan berat badan
-awet muda
-rawatan lepas bersalin

Saturday, 29 January 2011

Tanggungjawab anak2 kepada kedua orang tuanya

Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24

Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."


Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw. Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baik aku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!

Dalam satu maksud hadis yang lain, ' Kerana ibumu memelihara kamu dan ia suka kamu panjang umur, sedang kamu memelihara dia tetapi kamu inginkan dia segera mati".

Pengajarannya:

1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya asalkan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.

3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.

4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih daripada bapa sehingga menjadi dewasa.

5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mengikut keperluan dari segi perhatian terhadap mereka terutama sekirnya mereka kurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.

6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepaw solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu lecil)

7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.

Menghormati kedua ibubapa sesuai dengan jasa serta pengorbanan mereka melahir dan mendidik kita sehingga dapat menikmati hidup di dunia walaupun sementara dan kemudian nya akan dapat hidup semula di akhirat dengan balasan syurga jika kita mentaati perintah-perintah yang disyariatkan kepada kita. Sifat kasih sayanga terhadap kita merupakan sifat semula jadi yang ditanamkan oleh Allah swt di dalam jiwa mereka. Di atas pengorbanan ynag besar mereka lakukan, maka sebab itulah kita diwajibkan supaya berbuat baik terhadap mereka.

Berbuat baik terhadap kedua ibubapa meliputi bidang yang luas. Secara umumnya ialah anak-anak perlu menunaikan apa yang dianggap baik terhadap mereka berdua berpandukan ajaran Islam. Rasulullah saw pernah besabda":

1. " Berbakti kepada kedua ibubapa lebih utama dari solat, sedekah, puasa, haji dan jihad di jalan Allah".

2. "Apabila seorang lelaki memandang wajah ibu bapanya dengan penuh hormat serta kasih dan mesra, maka Allah menuliskan baginya dari sebab memandang itu pahala sebesar ibadat Haji yang makbul dan diterima Allah".

3. "Keredhaan Allah di dalam keredhaan orang tua dan kebencian Allah di dalam kebencian orang tua"

(Hadis ini memberi maksud supaya kita sentiasa berusaha menyukakan hati kedua ibubapa kita dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kemarahan atau berkecil hati disebabkan perbuatan yang dilakukan terhadapnya. Kerana seperti hadis Nabi di atas, terang sekali bahawa Allah swt sentiasa gembira dan murka di samping kegembiraan dan kemarahan orang tua kita.)

Menurut ajaran agama kita antara ibu dan bapa, pihak ibulah yang patut kita utamakan lebih dari pihak bapa. Sabda Rasulullah saw.

5. "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"

6. "Orang yang paling tinggi haknya kepada anak ialah ibu"

7. " Jika ibu dan bapamu memanggil kamu datanglah lebih dahulu kepada ibumu".


Begitulah besar dan mulianya kita taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita dengan mendatangkan pahala yang besar dan bahkan kita juga mendapat pelbagai ganjaran anatra lain:

1.Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amalan yang amat disukai Allah swt, yanag menyamai pahala jihad di jalan allah.

2. Memuliakan kedua ibubapa menjadi jamina dan syarat bagi kita memasuki syurga.

3. Memuliakan kedu ibu bapa menyamai pahala haji dan umrah.

4. memuliakan kedua ibubapa menghasilkan keredhaan Allah swt.

5. Memuliakan kedua ibubapa menambahkan umur yang berkat dan memberkatkan harta dan rezeki.

6. Memuliakan kedua ibubapa akan menyebabkan kita peroleh anak-anak yang soleh dan tahu berbakti kepada kita..

Sabda Rasulullah saw.

"Berbaktilah kepada kedua ibubapamu supaya berbakti kepadamu kelak anak-anakmu"